29 April 2011

bedak sejuk

selalunya orang letak bedak sejuk kat muka, aku letak kat kaki,haha,kaki aku da sedikit buruk :( tula,time matriks je pandai nak pakai stokin,dah kat gombak malas,kan dah hitam sikit,plus tompok2 kena gigit dgn menatang ape tah!hish...

22 April 2011

Bell

sewaktu tengah beperang membuat sambal,tiba2 dengar bunyi bell,terus je kaki aku melangkah ke pintu depan rumah sambil berfikir,

"kuat pulak bunyi bell,sampai dapur boleh dgr"

then tejengah2 kat tingkap,dah sampai ke org ni(mmg expecting someone to come over my house) tengok2 xda,hampeh,menganggu je org tgh masak..

pastu tengah jln balik ke dapur,terpikir,

"haahlah,hp aku pun msg bunyi bell -.-' "


tengok2 memang betol pun bunyi message!

Kempen Membaca



Sangat rajin dan gigih membaca sehinggakan tertidur sambil memegang buku yang gayanya macam tengah membaca je.. ;D

20 April 2011

Cinta Monyet

setelah lame phrase ni di gunakan,barula aku tau kenapa guna MONYET utk menggambarkan cinta main-main tu.yes,aku tahu dari DR Amaluddin pensyarah kat UPM.sebenarnya tadi baru lepas tengok WANITA HARI INI..wow!!me watched WHI?haha..itulah jadinya bila xde cerita best even though kau pakai Astro PUN.lagipun not bad what?tajuk pun best..


"CINTA MONYET DI KALANGAN KANAK-KANAK"


haha,dari awal perbincangan,sampai akhir tau aku tengok,mmg best!ok2,org dulu2 guna monyet sbb monyet ni sifat dia suka sentuh2,bila makan,dia suka makan sikit,pastu dia letak balik..haaa,nampak x?macam cinta main2,4-5 bulan kau bcinta ngan A,lepas tu kau bcinta dgn org lain pula...haaa,mcm monyet lah tu...ok2,no offence!xcakap pasal sesiapa pun,just nak bagi example biar nampak tang mana and mengapa dorang guna MONYET utk menggambarkan cinta main2 tu.


lagi 1 yg aku suka dengar,cinta ada 2,cinta yang memotivasikan dan cinta yang menjatuhkan.cinta yg memotivasikan bila kau jadi bersmgt utk study dan mencapai kejayaan.cinta yg menjatuhkan bila dia affect your study in a negative way.

19 April 2011

Clever Girl



nampak xgambar atas ni?cuba tengok dia duduk atas ape?heee,dapat tgkp x tu ape?yg warna merah tu kotak tisu yg di sarung kerusi strawberry,haha,dia amik dat thing,dia letak kat bawah,pastu dia duduk,hahahaha,pandai x?ikut logik betulla sbb benda tu nampak mcm kerusi ;D

Steak House near Wangsa Walk

pada satu hari,saya puasa,waktu tu kat wangsa walk,rasanya time tu sibuk buat latihan utk tournament bowling,heee,pastu da nak bukak puasa,aku sibuk cari air,sbb mamai makan tutti frutti dia sampai habis,xsempat nak mintak dia savekan sikit utk aku bukak puasa,then termasukla satu kedai..

aku cakap "nak beli air kosong je."
pastu dorg offer la makan semua,
aku cakapla,"xpe,saya nak bukak puasa je."
then that guy kata,"oh,nak bukak puasa ke?kalau mcm tu xpayahlah bayar air tu,saya belanja.doakan saya dpt pergi oversea tau"

perghh,haha.time tu fizu mamai ada.habisla kena bahan ngan fizu pasal masuk kedai dapat air free.haish,aku nak beli,dia yang kasi free..sbb time tu mmg da azan,da kritikal nak bukak puasa

then mamai cakap kita kena pegi makan kat kedai dorg la lain kali,huhu,yup,aku pun pikir nak makan kat kedai dorg,but not at that timela.then lepas tournament bowling kitorang g makan kat situ,me,mamai n yana square.waktu masuk kedai tu tengah mintak order semua..

budak yg amik order tu cakap,"oo,ni kakak yg bukak puasa hari tu yeh?"

cess -.-' xcover langsung,malu siot!satu kedai tu kenal aku.aku pun sengih2 je.huhu,dorg semua makan steak,aku makan chicken apetah aku dah lupe,haha,sebab steak dia mahal nak mampus!30 lebih semuanya,aku mmg xsangguplah nak bairkan duit aku mcm tu je,aku punye dish pon 20 lebih..makanan dorg sedaplah jugak..

steak dorg,aku xrasa,tapi dorg kata sedapp..worth it.

my chicken ....?hehe,sedap!

sarawak trip :)

eating at hotspot

saya sudah jejak kuching!!now looking 4ward utk ke KK pula

yg panjang2 tu adalah sg rajang yg xputus2,huhu

kami naik sampan utk cross the river

our room,our own,me n ema,fuhhh

laksa sarawak,mesti makan kat sana!!

nila tujuan dtg sini,mama kena jaga booth utk UIA

my perfume ada dlm catalog airasia :)

bangunan majlis perundangan sarawak

walking along the river side,panjang gila nak sampai kat kedai2.

kek lapis

3 serangkai,first time tengok terus teringat piyah,syaerah ngan seha..huhu

baba tasting2 :)

sampel-sampel,pergh,mcm rumah terbuka dah~

mee kolok,another one yg must try kat sarawak~

shop at sempadan sarawk n indon,semua barang2 indon..hheee,xyah pergi indon dah!!

nice payung :D

18 April 2011

officially

this room is not belong to me anymore,saya rindu anda,ye kamu wahai bilik,bukan org2 bilik ini.ye saya jahat,cakapla apa korg suka,aku yg seksa.malas nak pk perasaan org lain.

next sem saya 3rd year =)

yerp,rasa macam da tua da diri ni,padahal xrasa pun semua tu..final exam utk second sem second year dah habis last friday :) 15hb april 2011, ye ye ye,saya tahu anda habis awal munirah..aku da buat record weh!dgn bangganya aku cakap,aku berjaya duduk 19 hari kat UIA,maknenya 3minggu aku xbalik rumah,pergh,mantap jugak!walaupun seksanya yg amat..huhu,terpaksalah,kalau balik haram kau xkan studyla naya oi!!duduk kat UIA ni pun aku rasa mcm xcukup study :(


ni mknn yg aku bwk dari rumah,dalam bekas tu spaghetti,huhu,banyak en?tapi seminggu je da habis sume,haha!teruk2.

first paper-advanced accounting,4hari sebelum exam baru aku sedar betapa bnyk nye yg patut aku study rupanya,dahlah kena study sendiri sebab tajuk tu i knew nothing!tpkasala hari2 aku jumpa mdm aku,last2 aku da penat xjumpa jwpn yg sepatutnya,aku jumpa mdm kelas lain,mdm NORAINI,mdm Company Accounting aku dulu,huhu,atleast,bila jumpa dia aku dapat jwpn yg certain,yg xda KOT KOT.

time exam mcm soalan 1 dan 2 ok walaupun soalan 1 cam pusing2 ayat dia,n xbalance last2,huhu,balance xbalance lain kira,yg penting tiap2 info ade markah..soalan 3 cam bengong2 xingat basis nk translate foreign branch punya account,haih,mmg bantai jelahh.soalan 4 cam hampeh,aku tau tu mesti mdm NORAINI,dia sgt suka buat soalan gune prorata basis,nasib dia minx prorate utk debentures je,so markah kat situ jela yg aku xsure dlm tgn ke x.

lepas paper AA,aku ade gap 5 hari utk second paper,so aku study OB n BF dulu 2 hari setengah..lagi 2 hari setengah aku belajar BE.


tengoklah aku study BF mcm mane,mengadap FB -.- syaitan betul FB ni!!

second paper-Business Ethics,overall,erm,oklah jugak berbanding mid sem yg cam hampeh.itu je saya nak comment.

third paper-Organizational Behaviour,aku ade gap 3 hari lepas BE,tp sgt2 xcukup :( tengoklah jam kat bwh ni



time ni aku xhabis hafal lagi semua chapter!!!!!padahal pukul 2.30 nak exam da :( pastu bila exam cam haram,semua aku buat ikut logik aku je,haish,ade jugakla ingat2,tapi semua mesti ade lompong2 dia :( nasib baik carry mark tinggi utk pas..A- tu xtaula dpt x.


aku amik pic ni sebab tengok tikar tu dah mcm kek lapis -.-' aku tau aku gila sebab dah terlalu bnyk sumbat OB dalam otak.


nila buku OB aku,beselirat dengan info.

lepas habis OB ktorg g JJ setiawangsa,padahal patutnya study BF yg paling aku takot,aku bantai Kenny rogers mlm tu!!lapa gila dari tengahari xmakan sbb OB xhabis2 hafal lagi.

fourth paper-Business Finance,aku xfaham nape accounting kena amik finance,menyusahkan je!!haish,subjek nila paling aku takut,carry mark 26/50,sape xtakut wey???maknenya final kau kena score more than half of the paper utk pas sahaja!gila!mmg gila jugak la aku ngadap BF ni.semua soalan exam sebijik dalam buku,tapi biaselah,mcm hampeh lupa mcm mane nak jawab,pastu dah habis mase,baru aku perasan aku silap buat something,haish,xsempat pon nak adjust :( rugi gila kat situ!!

sumpah aku tension,terus sakit mata kanan time tu,rase mcm nak tecabut je mata.aku pun cabutla spec,pastu buat rupa mcm org yg sedih gila sbb BF,padahal sbb mata aku sakitla,huhu.habis2 paper je terus aku g clinic ngan mamai,DR tu kasi pain killer,vitamin n apetah lagi 1 tu..haha,ptg tu balik trus mkn sikit and makan ubat,baring kejap sambil 2ggu dorg siap nak g pasar.time kat pasar mata aku dah xsakit langsung.haha,agaknye betul sbb BF,sbb time tu aku langsung dah xpk BF,yg aku pk nak membazir duit beli mknn.

last paper-commercial law,haha,paper yg paling rilek!!kitorg ade 1 hari je gap.tapi tengahari esoknya baru aku start study,tupun habis bace 1chapter je out of 8 chapter,mlm tu pulak kitorg sempat lagi pegi JJ setiawangsa,kali ni aku bantai subway,bestlah yana dia dah habis exam time ni,huhu



lepas ni mesti aku rindu subway,xde org nak teman dah mkn kat situ,huu,lagipun kat sini paling dekat pon katy MINES,technically,mines tu jauh dr sini.haish.ok2 bbalik kepada paper last,overal bolehlah.okla,tu je,malas nak cakap banyak2 sbb sebenarnye mcm hampeh jugak.dahla aku tido bangun tido bangun sbb nak baca buku.ish2,kena pulak mamai tengah2 pagi buta menyanyi,tp bagus jugak,kalau x mungkin aku xterbangun.huhu.

paper tu 3 jam tau,start pukul 9, pukul 10 40 aku da tatau nak buat ape,sbb aku rase mcm dah xperlu tulis pape dah,haha,so aku pun pegi tandas n buat bisness,lame jugak 8 minit aku kat tandas.pastu time aku basuh tangan n aku nak betulkan kain aku angkt la baju,pastu mamat mane tah xreti tengok pintu tandas,siot,dahlah zip kain aku rosak,maknenya kat situ lompong,siot!hish,pastu balik exam room,aku pun perah otak tambah2 lagi ape yg patut.rase mcm nak je keluar awal,tp takut pulak,haha,so duduk la smpai pukul 12,1 jam jugakla fikiran aku melayang2,adela tambah2 jwpn mengarut,heee

Murah dan Sedap

Suatu hari di kelas Business Ethics,Mamai kate dia nak pegi Carrefour wangsa maju,then aku pesan la jem strawberry kat dia..


aku cakap mcm ni
aku nak jem strawberry yg SEDAP tau


mamai jawab
o,jem carrefour MURAH

pastu aku jawab
aku bukan nak jem MURAH,aku nak jem SEDAP

mamai pon angguk2..

pastu,dapatlah jem ni ha!!!

harga-rm9.90


pergh!!!mahal siot,mmg perli aku ni..lepas habis paper commercial law hari jumaat lepas,aku lepak jap ngan mamai,borak2 tkeluar psl cerita jem ni,dia kata jem aku ni,boleh beli 5 jem carrefour!!!siot betul -.- last2 aku xhabes pun mkn,sbb xmanis!!!!!aku guna sekali dua je..suku pun xsampai.